Oleh: Azlan Abdul Rahman
Panorama indah kawasan pergunungan yang dilatari oleh hamparan perkebunan beserta dengan hembusan dingin bayu pasti menambat hati setiap pengunjung yang melawat kawasan peranginan Gunung Kinabalu di Sabah. Gunung berpasak kukuh dengan ketinggian 4095.2 meter dari paras laut ini merupakan antara khazanah alam semula jadi yang harus dipelihara oleh kita semua.
Terletak di kawasan Taman Negara Kinabalu, gunung ini menyajikan pada kita senario alam yang mempersonakan terutamanya di kawasan Ranau dan Kundasang. Setiap mata pasti terpaku melihat bunga-bunga mawar mekar mewangi sekitar kaki gunung tersebut. Begitu juga dengan perkebunan kobis yang menghijau menyerikan lagi deria penglihatan untuk menghayati khazanah bumi borneo ini.
Selain keindahan kawasan pergunungan, Sabah juga terkenal dengan keindahan kawasan marin dan perairannya. Pulau Tiga, Pulau Sapi, Pulau Sulug serta Pulau Sipadan pasti tidak mengecewakan setiap penggemar aktiviti laut dan pantai. Deretan pantai yang memutih disapa mesra dengan hempasan ombak mengundang rasa kepuasan untuk kita sama menikmatinya. Taman Tunku Abdul Rahman, sebagai contoh, merupakan salah satu taman marin di Sabah. Taman ini pasti menjanjikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar batuan karang, hidupan air serta kehijauan rumpun tepian pantai. Selain itu, Pulau Mantanani yang terletak berhampiran Kota Belud merupakan pilihan yang ideal lagi memuaskan untuk pengunjung yang gemar bersantai di bawah terik mentari sambil melihat lambaian pepohon kelapa. Namun, kita harus tahu yang keindahan bumi bertuah ini tidak akan selamanya menjaminkan kepuasan jika kita tidak sama membantu melindunginya
Keunikan dan keistimewaan khazanah alam semula jadi di Sabah yang bermula di puncak gunung sehingga ke dasar lautan diserikan dengan kehidupan pelbagai jenis flora dan fauna. Tatkala berbicara mengenai Sabah, kita pasti akan mengaitkannya dengan kehidupan beberapa spesis haiwan serta tumbuhan unik yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Orang Utan, Monyet Belanda serta Bunga Rafflesia merupakan antara hidupan unik yang berlindung di bumi Borneo Malaysia ini. Hidupan-hidupan ini memerlukan keaslian alam semula jadi di Sabah untuk meneruskan kemandirian spesis mereka. Tidak mustahil kehidupan haiwan dan tumbuhan ini hanya akan tinggal sejarah jika kita tidak memulihara dan terus memelihara kelangsungan sumber makanan serta kawasan perlindungan mereka. Jadi, kesedaran yang tinggi disertakan dengan perlaksanaan konservasi yang sewajarnya dapat membantu hidupan-hidupan ini untuk terus menyerikan bumi bertuah Sabah.
Segala keindahan serta keistimewaan negeri Sabah tidak akan kekal lama jika kita terus membinasakannya. Industri perlancongan sememangnya baik untuk penjanaan sumber ekonomi, namun perlaksanaan yang tepat dan bersesuaian dengan langkah pemuliharaan alam semula jadi haruslah diterapkan oleh pihak yang berkenaan. Semoga Sabah, Bumi Borneo Malaysia akan terus menyajikan keindahan dan keunikan kepada kita semua.

No comments:
Post a Comment