Oleh: Afra Fardillah Zai Mustapar
Ada banyak teori tentang bagaimana alam semesta ini wujud. Setengah-setengahnya sekadar andaian sahaja, sementara dakwaan yang lain ialah berasaskan sains kaji bintang. Menurut Al- Hafiz B.A Masri dalam bukunya Islam dan Ekologi salah satu teori menyebut bahawa pada mulanya ruang angkasa tidak wujud. Namun, setelah lebih 15,000 juta tahun lalu, berlaku satu ledakan kuat dan jisim-jisim di langit mulai terbentuk. Teori ini disebut ‘Letupan Besar’. Apa yang dapat difahami melalui teori ini ialah salah satu daripada jisim langit itu telah dinamakan bumi, berkembang secara beransur-ansur hingga memungkinkan kehidupan bermula.
Dalam kehidupan bumi terkandung pelbagai jenis kehidupan dan kaya dengan pelbagai jenis biodiversiti seperti flora dan fauna yang perlu dipelihara bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan baik. Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seperti mana yang dapat dilihat, matahari dan bulan sudah ditentukan berfungsi dalam ekosistem selaku penyumbang cahaya mengikut kadar yang tertentu.
Manusia mempercayai bahawa ruang bumi yang terbentuk ini tidak terbatas dan sumber-sumbernya tidak akan kehabisan. Anggapan seperti ini sememangnya tidak benar sama sekali dan bertentangan dengan lumrah kehidupan alam. Ini terbukti apabila ada diantara manusia yang rakus dan tidak menghargai alam semesta telah menyalahgunakan dan menghabiskan apa sahaja bagi memenuhi tuntutan kehidupan tanpa memikirkan kesan apabila ianya akan pupus pada suatu hari nanti.
Sebagai contoh, ciri-ciri kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan pada zaman yang serba moden ini adalah dengan melakukan penggondolan hutan. Seperti yang diketahui, hutan adalah merupakan sebuah kawasan yang diliputi dengan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada pebagai jenis saiz pokok serta didiami oleh pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan serta habitat-habitat lain. Malah, hutan turut berperanan penting dalam kehidupan manusia dengan membekalkan sumber bahan mentah serta penyumbang kepada sosioekonomi dan kestabilan ekologi.
Dalam pada masa yang sama, hutan juga berperanan dalam mewujudkan peredaran ekologi. Sebagai contoh, unit asas dalam sistem ekologi adalah ekosistem di mana semua benda hidup termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan saling berinteraksi kerana mereka memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup. Justeru manusia perlulah peka dengan keadaan tersebut. Manusia tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan sebarang pembangunan tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi terhadap ekosistem pada masa akan datang. Ini kerana kesan daripada pembangunan yang dibawa oleh manusia akan memberikan impak kepada perkhidmatan ekosistem dari pelbagai sudut termasuk kemusnahan terhadap muka bumi juga peningkatan terhadap pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan udara.
Apa yang lebih menakutkan, apabila pemusnahan hutan berlaku secara berterusan ia turut menjejaskan faktor-faktor lain seperti air, iklim dan tanah. Pengeksploitasian yang tidak terbatas oleh manusia terhadap hutan telah menyebabkan kepupusan serta berlakunya bencana alam yang tidak diigini. Sebagai manusia kita perlulah peka terhadap alam sekitar. Ini bagi memastikan kita tidak sewenang-wenangnya menceroboh hutan tanpa memikirkan kesan kepada kita pada masa kini dan pada masa akan datang. Sememangnya kesan daripada kerakusan manusia menceroboh hutan tidak dapat dirasai dalam jangka masa pendek tetapi kesan jangka masa panjang amat menyusahkan dan sukar untuk dikawal.
Jika diihat dengan mata kasar adalah mustahil untuk kita merealisasikan pembangunan yang lestari kerana pertambahan kepada populasi manusia pada masa kini yang semakin pesat. Maka pembangunan lestari seharusnya dijadikan panduan dalam melaksanakan pembangunan supaya setiap apa yang manusia lakukan terhadap alam sekitar tidak berlebih-lebihan. Ini bagi memastikan generasi pada masa akan datang tidak mendapat kesan daripada kezaliman kita pada masa kini. Perlu diingat bumi bukan milik manusia untuk dibuat sesuka hati tetapi adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk dijaga sebaik-baiknya.
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pembangunan lestari?apakah itu?
ReplyDeletebetul kata penulis dunia bukan milik kita, tetapi..manusia berserta dengan ketamakan politik dan kekayaan jadi begini lah,lupakan asal usul bumi ini dan tidak tahu bumi in makin "sakit" semua harta alam semula jadi digondolkan bukan utk pinjam tetapi untuk ambil terus,sebab itulah banjir,tsunami dan cuaca tidak menentu timbul.jika kita pulang balikan balik apa yang kita pinjanm dengan memerlihara semula kemungkinan dunia ini akan kembali sihat.
ReplyDeleteartikel yg dpt menyedarkan semua manusia dimuka bumi Allah ini..tapi sygnya masih ramai lagi yg tidak menghargai bumi ini.mereka hanya tahu merosakkan saja..pihak berwajib juga perlu campurtangan dlm hal ini jika tidak mahu bumi ini terus binasa dek sikap manusia yg semakin alpa dgn tanggungjawap menjaga bumi ini.bumi ini ibarat nyawa buat kite...renungkan la...
ReplyDeletesemua ini adalah ketamakan unutk manusia yang ingin kekayaan yang begitu mendadak,jadi penyeleisaian untuk menjadi kaya dengan cepat adalah mengondolkan muka bumi, tetapi kita boleh meminjam dengan memulangkan balik apa yang telah kita guna, seperti memerlihara nya semula,ia memang tidak logik tetapi dengan teknologi terkini, pakar ekologi dan sokongan politik mampu mengubah dan dapat memerlihara balik.itulah pendapt saya sekian,9W2PDD
ReplyDelete