Tuesday, March 31, 2009

Permata Hijau yang Berterbangan

oleh Tan Poh Ling

Melihat mereka bebas berterbangan bersama-sama dan hinggap di keliling bunga hati saya begitu gembira. Antara banyak jenis spesies rama-rama, spesis Rajah Brooke paling menawan hati saya. Dengan sayap berkilau berwarna hijau ia terbang dengan begitu lemah lembut dan cantik.

Rajah Brooke yang juga dikenali sebagai Trogonoptera brookiana banyak ditemui di kawasan terbing sungai dan juga kawasan air panas di dalam Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia, Borneo, Indonesia dan Filipina.

Rama-rama ini dinamakan oleh Alfered Russel Wallace semasa salah satu daripada ekspedisi beliau di hutan Borneo sempena raja Sarawak pada masa itu iaitu, Sir James Brooke. Rama-rama terbesar ini kini semakin jarang ditemui akibat diburu oleh ramai orang untuk dijadikan perhiasan rumah.Menyedari permintaan tinggi terhadap koleksi rama-rama ini sebagai spesimen perhiasan, kini ia telah diistiharkan sebagai spesis yang dilindungi.

Kita seharusnya bersama-sama memelihara spesis yang semakin terancam ini untuk mengelakan kepupusan. Anak-anak kita tidak seharusnya hanya mengenali rama-rama ini melalui buku sahaja. Kita tidak sepatutnya menghias rumah atau diri kita dengan mengorbankan insan kerdil ini, malah kita sepatutnya melindungi mereka dari sebarang ancaman.

No comments:

Post a Comment