Monday, March 30, 2009

Taman yang Berterbangan

oleh Tan Poh Ling

Terletak di dalam sebuah negeri metropolitan,Taman Rama-rama Pulau Pinang dibuka pada Mac 1896. Taman adalah taman pertama dibuka kepada orang ramai di kawasan tropika di dunia. Taman ini terletak pada hujung Negeri Mutiara ini di Teluk Bahang dan lebih kurang 17km daripada Georgetown. Kini, ia telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan di negeri ini.

Pada masa kini, rama-rama sedang mengalami ancaman dan jika ia tidak dijaga ia akan mengalami kepupusan pada masa hadapan. Ancaman yang paling serius kepada rama-rama adalah kemusnahan habitat mereka, penggunaan bahan kimia atau racun serangga kepada tumbuh-tumbuhan dan juga kurangnya kesedaran tentang serangga ini yang juga memerlukan perlindungan.

Taman rama-rama ini didirikan bukan sahaja untuk dijadikan tempat pelancongan malah dijadikan sebagai pusat konservasi rama-rama dan tempat untuk para pelajar untuk mengenali serangga ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, taman rama-rama ini juga dijadikan tempat untuk membuat penyelidikan tentang serangga.

Di taman ini, terdapat banyak rama-rama hidup yang bebas berterbangan sesama sendiri tanpa sekatan. Selain itu, taman ini juga mempunyai sebuah sudut serangga yang dinamakan ‘Dunia Serangga’ dimana pelbagai jenis serangga lain boleh ditemui di sana.

Pengetahuan tentang konservasi boleh bermula dengan taman ini untuk neningkatkan kesedarang kepada orang ramai. Taman ini merupakan sebuah taman yang bermakna bagi semua, disamping menjadi pusat tarikan eko-pelancongan ia juga dijadikan sebuat pusat konservasi. Masa hadapan untuk anak-anak kita mengenali serangga ini lebih terjamin. Selain itu, kanak-kanak boleh datang ke taman ini untuk mengenali dan juga menimba sedikit ilmu tentang rama-rama dengan pengalaman sendiri.

No comments:

Post a Comment